.::.iklan .::.

Pantun Moden

Zaman ini zaman komputer
Zaman atom bersegi dua 
Banyak insan otak berputar
Meneroka alam mencari bahagia. 

Seluruh bumi sudah di teroka
Berakhir di atas gunung Everast
Berapa hebat jiwa terduga
Moral yang tinggi tak mudah dikikis. 

Memang manusia anak alam 
Sejarah nyata menjuluk jantung 
Samudera Mariana paling dalam
Dapat di duga manusia agong. 

Kapal belayar setahun suntuk
Radio memancar sedetik kilat
Teknologi sains sudah dibentuk
Manusia terbang seperti lalat. 

Cinta tradisi berpayung bulan
Cinta moden berpayung telifon
Minta doa supaya berkekalan
Tetapi silap menyingkir rukun. 

Berlumba-lumba menuntut ilmu
ke timur barat ke utara selatan
Sayangnya moral menjadi abu
Nasihat ibu bapa tidak diendahkan. 

Berebut-rebut memilih pakaian
Miksi-mini potongan bellbottom
Anggapan daya menggairah jantan
Alangkah keliru di mata umum. 

Alangkah pandai membeli belah 
Menggira ringgit di hujung jari
Sukar mengenal jiran di sebelah 
Kerana melindung rahsia diri. 

Kereta ini kereta Mercedes
Benarkah laju dari jaguar
Hari ini hari menangis 
Hari esok bertepung tawar. 

Drama ini drama pentas
Tidak sama drama radio
Muda mudi bergerak cerdas 
Mengejar kemajuan bersusun bahu. 

Sastrawan moden mencermin masa 
Mencungkil bakat alam sejagat 
Tradisi lama tidak terasa
Terlewat kajian emosi barat. 

Alam sekeliling membina diri
Sesuai emosi sekitar tumbuhnya
Sekadar kumbang memada bunyi
Jentera jet bukan contohnya. 

Meteorolojis menyukat mendung cuaca
Mengenal alam semula jadi
Menambah ilmu sambil membaca
Selain berguru menunjuk erti. 

Biolojis moden mengkaji nyawa
Menyelidik hayat di rahim ibu
Tidak ganjil di segi fatwa
Setelah  di cuba baru tahu. 

Mengorek bumi mencari kesan
Ramai arkolojis bicara purba
Mengenal matabenda alam kenyataan
Sepanjang generasi semua di raba. 

Batu bersurat sebagai bukti 
Siasat Anthropojis zaman berjuta 
Kehidupan generasi dapat di teliti
Sebagai cermin di hadapan mata. 

Oceanografi kajian samudera
Lengkap beralat selam menyelam
Untuk kepentingan umat sedunia
Laut di kawal siang dan  malam. 

Entomolojis membedah serangga 
Mengumpul species beribu-ribu
Sesuai kimia untuk menduga
Pelihara tumbuhan  jangan layu. 

Mari teroka angkasa lepas
Naik kenderaan berjenis roket 
Bahan uranium begitu pantas 
Menjadi alat jentera automatik. 

Tahun 1984 sebagai target
Melawat venus ke planet Mars
Menderu pesawat menuju langit
Insan mengembara ke alam luas. 

Berjuta bintang mengerlip gemerlapan
Umpama buih di sinar suria
Betapa besar daya kemahuan
Menunjuk sempurna akal bicara. 

Jauhnya langit tidak bertepi
Sukatan di kira berjuta batu
Harapan besar tak pernah sepi
Membentuk rasa cita tertentu. 

Saintis moden zaman sekarang
Sanggup membendung tenaga nuklear 
Bahan bencana sangat terlarang 
Rahsia musnah sudah terbongkar. 

Cita dihati menguasai alam
Jauhnya berfikir melepas bebas 
Menganggap diri tanpa Adam 
Mengaku monyet keturunan khas. 

Atheis bermadah di alam nyata
Evolusi insan haiwan mergasatwa
Dari penyelidikan mereka berkata
Tak nampak tangan membina nyawa. 

Banyak hakikat dalam pembentukan
Saranan insan mengungkap rahsia
Menyingkir diri mengwujudkan tuhan 
Alamat kiamat hampir tiba. 

Hidup insan zaman sekarang 
Tidak sama masa yang lalu
Tradisi kolot pantang larang
Semuanya habis di tiup debu. 

Pantang larang ikatan tradisi
Tidak semua di salah anggapan
Pokok berakar memaut bumi
Tradisi berarti pagar kebudayaan. 

Lenyap tradisi hilanglah corak
Berlian di sangka berasal batu
Jangan seperti jenaka lawak
Berambut panjang sampai ke bahu. 


Bukan doktor bukan professor
Bukan paderi bukan pertapa
Kenapa fi'il seperti ke sasar 
Mengulang tamaddun zaman purba. 


Bukan penyair bukan pelukis 
Bukan pula penggubah lagu
Rambut panjang kegemaran tauris 
Jangan di sangka semua mahaguru. 


Lelaki perempuan seia sekata 
Berjiwa bebas seperjalanan
Silap silap salah sangka
Lelaki di tepuk terkena perempuan. 


Alangkah sukar membina peribadi
Di alam moden udara baru
Lupa kepada nilai diri
Mengikut suka hawa nafsu. 


Menilai tamaddun bermutu tinggi
Lihatlah dari penghuni alamnya
Corak apa di kata asli 
Tentu dapat di buat pengajiannya. 


Madah pujangga kumandang tamaddun
Meninggalkan pesan hasrat bakti
Biar harta bertimbun-timbun
Bukan makna jasa abadi. 


Manusia berjuang bermati-matian
Mencari erti dalam diri 
Biarlah hidup dengan pendirian
Tak mudah di sogok ke kanan kiri. 


Sejarah dunia menunjuk bukti 
Pertumpahan darah di medan perang 
Merebut kuasa dengan berani
Melebur manusia berulang ulang. 


Bilakah wujud rasa kemanusiaan 
Saintis tidak membina senjata 
Berjiwa suci kerana Tuhan 
Tak mudah berlaku peleburan nyawa. 



1 ulasan:

  1. Terima kasih pasal pantun ni....

    P/S: Camne nak buat blog canggih?

    BalasPadam