.::.iklan .::.

Rabu, 30 November 2011

7 Perkara tak boleh ubah dalam hidup

Dalam hidup ini ada 7 hal yang kita tidak boleh ubah iaitu : 

1 . Jenis Kelamin Dan Jantina 
 Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. 
Terimalah dirimu , samada engkau wanita atau lelaki. 

2 . Orang Tua
 Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun!. Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka!. Jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti. 

3 . Hari Kelahiran
 Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya. 

4 . Bentuk Fizikal
 Jika anda mempunyai rambut kerinting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawo matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, samada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semulajadi. 

5 . Masa Lalu 
 Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. 
Justeru, 'berdamailah' dengan masa lalu demi membina masa depan. 

6 . Kedudukan Dalam keluarga 
 kedudukan kita sebagai anak  bongsu, sulung atau tengah tidak boleh diubah dan terimalah seadanya. 

7 . Suku Bangsa 
 Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh  dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita. 

 5 Resepi Untuk Melakukan Perubahan Diri.. antaranya : 
1. Mulalah berunbah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda. 
Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama. 

2. Lakukan perubaha secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. 
Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri. 

3. Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. 
Perkara kecil jadi lebih besar, jika ia terus dibiarkan. Jadi , ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan. 

4. Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. 
jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. 
kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita. 

5. Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubaha itu hingga ia sebati dengan diri kita. 
Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu sahaja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. 
Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya. 


*Petikan MeTro Addin_21102011*

Selasa, 15 November 2011

Menyayangimu


Bukan kerana paras dan rupa  
Menyayangimu sepenuh hati
Bukan kerana emas permata
Cintaku tulus suci...

Bumi yang mana
Tak ditimpa hujan
Lautan yang mana
Tak bergelora...

Begitu juga dengan kasih kita
Penuh ranjau berduri...

Berjanjilah...
Oh...kekasih
Hanya aku...
Bertahta dihatimu

Buangkanlah...
Kesangsian...
Hulurkanlah...
Seribu kasih sayang

Oh...oh...oh...

Usah diungkit
Sejarah dulu...
Luka yang pahit
Biarkan berlalu...

Selagi nyawa...
Dikandung badan
Engkau tetap kusayang...

Hadiah Terbaik..

Hadiah Terbaik...
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan



 “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”

“Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”







CINTA yang AGUNG adalah…
Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan MASIH peduli terhadapnya. .
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia.
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum sambil berkata ‘Aku turut berbahagia untukmu’
Apabila cinta tidak berhasil… BEBASKAN dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas LAGI…
Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya. ..
Tapi, ketika cinta itu mati… kamu TIDAK perlu mati bersamanya.. .
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh.


TEMAN SEJATI…

Mengerti ketika kamu berkata ‘Aku lupa’
Menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘Tunggu sebentar’
Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘Tinggalkan aku sendiri’
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata ‘Bolehkah saya masuk?’

MENCINTAI…
BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu memaafkan.
MEMAAFKAN…
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti.
MENGERTI…
BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasakan.