.::.iklan .::.

Khamis, 14 Jun 2012

Sekejap je pun jadi la..


 mak tok tak nak naik ke? Mesti seronok kalu abg dapat main sama ngan fiyra kan maktok?


 kuda ni free! tak makan duit syiling. fiyra blh duduk puas2 sampai pengsan!






kesian atok abah tunggu fiyra kat luar pagar.. ajak balik tak mau lagi...
 kalu ini mcm atok yang boleh pengsan dulu... hehee nasib atok la hari nii..
 hmm sapa suh ajak singgah tadi. fiyra mana boleh singgah dan main sekejap je kalu nampak ini taman...

Isnin, 11 Jun 2012

ANGKA 5 DALAM ISLAM

Angka 5 banyak sekali dikaitkan dengan amalan dan peristiwa di dalam Islam.
Antaranya  ialah :

1. 5 waktu solat fardhu sehari dan semalam yang wajib didirikan oleh setiap individu Muslim ialah
  •  Subuh
  • Zuhur
  • Asar
  • Magrib 
  •  Isyak.

2. 5 Rukun Islam iaitu :
  •     Mengucap 2 kalimah Syahadah
  •     Solat 5 waktu sehari semalam
  •     Berpuasa di bulan Ramadhan
  •     Mengeluarkan zakat.
  •     Mengerjakan haji diBaitullah

3. 5 Hukum syariah Islamiah iaitu :
  •    Wajib
  •    Haram
  •   Sunat
  •   Makruh
  •   Harus (Mubah)

4. 5 Dosa besar yang dirakamkan di dalam Al Quran iaitu :
  •      Syirik kepada Allah
  •      Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasanyang hak
  •      Memakan riba'
  •      Memakan harta anak-anak yatim
  •     Menuduh wanita-wanita baik, terpelihara kehormatan lagi terpelihara keimanannya     melakukan    zina.

5. 5 Perkara yang menyebabkan seseorang itu tercebur di dalam munafik tulen iaitu :
  •     Suka bercakap bohong (dusta)
  •     Bila memegang amanah dia khianat
  •     Bila berjanji atau bersumpah dia selalu mungkiri
  •     Berpaling dari medan perang
  •     Apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang basah)

Sabtu, 9 Jun 2012

Bubur Kentang & Ikan Bilis

Bahan_bahan :

1. 1/2 Cawan beras
2. 1 biji kentang besar
3. 10-15 ekor ikan bilis (dibersihkan dan dibuangkan kepalanya)
4. 1/2 kiub pati ayam
5. Daun ketumbar (dicincang halus)

Cara Penyediaan :
1. Masak beras bersama 3 cawan air sehingga menjadi bubur.
    Tambah air jika perlu.
2. Sambil menunggu  nasi menjadi bubur, potong kentang dan kisarkannya sehingga menjadi puri.
3. Setelah nasi menjadi bubur, tambahkan puri kentang dan pati ayam. Pati ayam boleh digantikan dengan pati  
    sayur jika perlu.
4. Biarkan bubur mereneh atas api .
5. Goreng ikan bilis bersama sedikit minyak sehingga wangi. Dan keluarkan ikan bilis dari kuali.
6. Tumbuk ikan bilis sehingga hancur dengan menggunakan ikan bilis atau kisarkan sahaja guna blender!.
7. Tambahkan ikan bilis tadi ke dalam bubur dan kacau.
8. Hidangkan bubur di dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar cincang.