.::.iklan .::.

Jumaat, 17 Februari 2012

Tika aku terlupa...


Sebilangan manusia yang di naungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari Kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungann Allah ; diantaranya ialah
Pemerintah yang adil , Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, 
Orang yang hatinnya sentiasa terikat dengan masjid, 
dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, 
Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata :"Aku Takut Kepada Allah!" , 
Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, 
dan orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan yang tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan Sifat Jamal Allah.



(H. R Abu DAud dan Ibnu Majah)

Ahad, 5 Februari 2012