.::.iklan .::.

Sabtu, 9 Jun 2012

Bubur Kentang & Ikan Bilis

Bahan_bahan :

1. 1/2 Cawan beras
2. 1 biji kentang besar
3. 10-15 ekor ikan bilis (dibersihkan dan dibuangkan kepalanya)
4. 1/2 kiub pati ayam
5. Daun ketumbar (dicincang halus)

Cara Penyediaan :
1. Masak beras bersama 3 cawan air sehingga menjadi bubur.
    Tambah air jika perlu.
2. Sambil menunggu  nasi menjadi bubur, potong kentang dan kisarkannya sehingga menjadi puri.
3. Setelah nasi menjadi bubur, tambahkan puri kentang dan pati ayam. Pati ayam boleh digantikan dengan pati  
    sayur jika perlu.
4. Biarkan bubur mereneh atas api .
5. Goreng ikan bilis bersama sedikit minyak sehingga wangi. Dan keluarkan ikan bilis dari kuali.
6. Tumbuk ikan bilis sehingga hancur dengan menggunakan ikan bilis atau kisarkan sahaja guna blender!.
7. Tambahkan ikan bilis tadi ke dalam bubur dan kacau.
8. Hidangkan bubur di dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar cincang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan