.::.iklan .::.

Rabu, 28 Disember 2011

LAHIRKAN ANAK SOLEH

Umumnya tiada ibubapa di dalam dunia ini berkehendakan anak2 mereka menjadi orang jahat dan sentiasa terancam nyawanya. Begitu juga tiada sesiapa yang sanggup mahu memperoleh anak yang menzalimi dan dizalimi. 


Sebagai ibubapa normal, masing-masing mahukan anak-anak yang lahir itu anak-anak yang comel, sihat walafiat, baik budi pekerti dan soleh. 


Pentingnya anak soleh ini ialah untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Anak yang menjadi penyejuk mata,mendamaikan jiwa sebaik terpandang atau bergaul bersama mereka. 
Anak yang menyayangi kedua ibubapa mereka dan sering mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa mereka baik didunia dan ibubapa mereka yang sudah meninggal dunia. 

Antara hadis yang masyhur ada menyatakan bahawa, putuslah sudah amalan seseorang itu sebaik tiba di muka pintu kuburnya, kecuali 3 perkara yang langsung ia terima walaupun di dalam kubur sempit itu. Antara perkara tersebut ialah doa daripada anak yang soleh. 

Bahkan anak yang soleh lagi muslim yang sejati ini dianugerahkan oleh Allah SWT syafaat di hari Akhirat kelak. Anak yang soleh yang mengasihi ibubapa mereka mampu mendoakan dan membantu agar dosa-dosa mereka di dunia itu diampunkan oleh Allah SWT. Lalu akhirnya mengeluarkan kedua ibubapanya itu daripada azab neraka yang amat pedih!. 

Memang nasib akan datang kita sendiri pun tidak ketahui, namun kita masih mampu berusaha. Antara usaha utk memperoleh anak-anak yang soleh dengan berdoa saban masa kepada Allah SWT agar dikurniakan anak-anak yang soleh.
Antara doa yang boleh diamalkan ialah :


" Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa".  (Surah Al Furqan-74)

DOA WANITA

Hadis tentang DOA WANITA lebih aula'(utama)


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. 


Dalilnya ialah ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal yg tersebut, jawab baginda, 
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".



Selasa, 27 Disember 2011

PAHALA UNTUK SEORANG WANITA (Bah.. 2

... sambung..

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
Setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa di suruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapt pahala 80 tahun ibadat.

Isnin, 26 Disember 2011

PAHALA UNTUK SEORANG WANITA (Bah 1..

Dibawah ini disenaraikan fadhilat ke atas seseorang perempuan apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Mudah-mudahan ini dapat memberikan suntikan motivasi untuk kita terus menjadi muslimah yang solehah dan terbaik dari semua segi. 

Berikut ialah himpunan hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan ke atas seseorang wanita Muslimah :-

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat 

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan dapat 1 pahala drpda tiap2 titik susu yang diberikannya. 

6. Wanita yang melayan baik suami pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 0rang hamba. 

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 

9. Wanita yang membebaskan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripadab suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. 
Wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, kemudian menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. 

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'bismillah', akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'bismillah' Allah akan berkatkan rezekinya. 

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah. 

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka. 

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 


....sambung..