.::.iklan .::.

Kata-Kata Pilihan

 Bukan sekali tapi selalu.. bukan selalu hanya tak pernah sesekali..
Tentu lebih baik kalau sekali tapi penuh kualiti..

 Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, 
tetapi apabila angin menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai..

 Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah. 
Lantaran adanya lelaki, dunia menjadi sempurna.
Lantaran adanya lelaki dan wanita kadang-kadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan.

 Cinta menghasilkan keindahan, keindahan menghasilkan kebaikan..
kebaikan berusaha untuk menghasilkan cinta yang sejati dan ketenteraman. 



 Air mata untuk kekasih.. untuk sedih dan untuk rasa pedih. Tentu lebih berharga airmata tatkala gembira, berjaya dan ternama. 

  Kepuasan terletak pada usia bukan pencapaian 

 Kita tidak boleh kecewa sangat dengan otak yang beku tapi kita patut kecewa kalau kita tak ada impian untuk mencairkannya. Sebab setiap kali ia mula mencair, jawapannya KEJAYAAN   dan KECEMERLANGAN kita

 Orang baik terpancar melalui perbuatannya, orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya :; Baik & JahaT sama Susahnya...

 Manusia yang paling baik bukanlah manusia yang paling alim, tetapi manusia yang lebih banyak bermanafaat kepada manusia lain.

 Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah apabila dah dapat.. itulah punca masalah hidup kita. 

 #  Adat orang berniaga, masa untung pusing dunia 
masa rugi pusing kepala.

# Biar sibuk ada kerja, jangan menyibuk sebab tak ada kerja.

# Sibuk orang yang ada kerja mesti dapat duit.. 
Menyibuk orang yang tak ada kerja , siapa yang nak bagi duit? 

~ Sumber dari : Dr. HM Tuah Iskandar Al_Haj ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan