.::.iklan .::.

Sabtu, 14 Januari 2012

Rehat itu penting!

Betulkah adakah orang yang mampu bekerja 24jam tanpa rehat dan tidur? Jawapannya betul dan ada orang mampu berkerja selakma 72jam. Jika ini berlaku kepada anda baik ada menerima nasihat iaitu "berehatlah".
Mengapa orang mampu bekerja begitu lama harus dinasihatkan supaya berehat? Jawapannya sama seperti orang-orang tua selalu menasihati anak mereka supaya "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".
Nasihatkanlah kepada mereka yang kuat bekerja "Berehatlah sebelum kamu direhatkan".
Begini : jika kita lihat kesemua syarikat baik kerajaan dan swasta pasti menyediakan masa rehat.
Tetapi ada sesetengah syarikat menampalkan nota peringatan " Gunakan masa rehat sebaik yang mungkin" dan sesetengah syarikat pula menambah " Agar anda produktif gunakan masa rehat sebaik mungkin". 
Jelas masa rehat itu penting dan sesetengahnya wajib. Jika anda seorang isteri yang baik, tatkala melihat suami anda pulang ke rumah dengan wajah pucat dan kurang ceria tanyalah kepadanya adakah dia tidak berehat di tempat kerja. 

Selain dia merasakan ada yang mengambil berat, dia juga menyedari bahawa selama ini dia memang bekerja tanpa berehat. 
Jika anda dan suami anda  sama-sama berehat, aturkanlah waktu untuk bercuti pada hari dan bulan yang sama agar dapat sama-sama menikmati istirehat. 
Jangan pula pergi bercuti tetapi membawa kerja-kerja pejabat. Jika anda dapat melupakan terus mengenai kerja sudap pasti anda dapat menikmati cuti dengan penuh gembira dan tenang. Tetapi jika di tempat bercuti pun anda masih memikirkan mengenai kerja, pastinya cuti anda itu membazir. 
Berehat itu penting, sebab itu jika anda sakit doktor akan memberi surat cuti sakit dengan memberi cuti tambahan untuk berehat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan