.::.iklan .::.

Isnin, 11 Jun 2012

ANGKA 5 DALAM ISLAM

Angka 5 banyak sekali dikaitkan dengan amalan dan peristiwa di dalam Islam.
Antaranya  ialah :

1. 5 waktu solat fardhu sehari dan semalam yang wajib didirikan oleh setiap individu Muslim ialah
  •  Subuh
  • Zuhur
  • Asar
  • Magrib 
  •  Isyak.

2. 5 Rukun Islam iaitu :
  •     Mengucap 2 kalimah Syahadah
  •     Solat 5 waktu sehari semalam
  •     Berpuasa di bulan Ramadhan
  •     Mengeluarkan zakat.
  •     Mengerjakan haji diBaitullah

3. 5 Hukum syariah Islamiah iaitu :
  •    Wajib
  •    Haram
  •   Sunat
  •   Makruh
  •   Harus (Mubah)

4. 5 Dosa besar yang dirakamkan di dalam Al Quran iaitu :
  •      Syirik kepada Allah
  •      Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasanyang hak
  •      Memakan riba'
  •      Memakan harta anak-anak yatim
  •     Menuduh wanita-wanita baik, terpelihara kehormatan lagi terpelihara keimanannya     melakukan    zina.

5. 5 Perkara yang menyebabkan seseorang itu tercebur di dalam munafik tulen iaitu :
  •     Suka bercakap bohong (dusta)
  •     Bila memegang amanah dia khianat
  •     Bila berjanji atau bersumpah dia selalu mungkiri
  •     Berpaling dari medan perang
  •     Apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang basah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan