.::.iklan .::.

Rabu, 28 Disember 2011

LAHIRKAN ANAK SOLEH

Umumnya tiada ibubapa di dalam dunia ini berkehendakan anak2 mereka menjadi orang jahat dan sentiasa terancam nyawanya. Begitu juga tiada sesiapa yang sanggup mahu memperoleh anak yang menzalimi dan dizalimi. 


Sebagai ibubapa normal, masing-masing mahukan anak-anak yang lahir itu anak-anak yang comel, sihat walafiat, baik budi pekerti dan soleh. 


Pentingnya anak soleh ini ialah untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Anak yang menjadi penyejuk mata,mendamaikan jiwa sebaik terpandang atau bergaul bersama mereka. 
Anak yang menyayangi kedua ibubapa mereka dan sering mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa mereka baik didunia dan ibubapa mereka yang sudah meninggal dunia. 

Antara hadis yang masyhur ada menyatakan bahawa, putuslah sudah amalan seseorang itu sebaik tiba di muka pintu kuburnya, kecuali 3 perkara yang langsung ia terima walaupun di dalam kubur sempit itu. Antara perkara tersebut ialah doa daripada anak yang soleh. 

Bahkan anak yang soleh lagi muslim yang sejati ini dianugerahkan oleh Allah SWT syafaat di hari Akhirat kelak. Anak yang soleh yang mengasihi ibubapa mereka mampu mendoakan dan membantu agar dosa-dosa mereka di dunia itu diampunkan oleh Allah SWT. Lalu akhirnya mengeluarkan kedua ibubapanya itu daripada azab neraka yang amat pedih!. 

Memang nasib akan datang kita sendiri pun tidak ketahui, namun kita masih mampu berusaha. Antara usaha utk memperoleh anak-anak yang soleh dengan berdoa saban masa kepada Allah SWT agar dikurniakan anak-anak yang soleh.
Antara doa yang boleh diamalkan ialah :


" Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa".  (Surah Al Furqan-74)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan