.::.iklan .::.

Isnin, 26 Disember 2011

PAHALA UNTUK SEORANG WANITA (Bah 1..

Dibawah ini disenaraikan fadhilat ke atas seseorang perempuan apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Mudah-mudahan ini dapat memberikan suntikan motivasi untuk kita terus menjadi muslimah yang solehah dan terbaik dari semua segi. 

Berikut ialah himpunan hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan ke atas seseorang wanita Muslimah :-

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat 

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan dapat 1 pahala drpda tiap2 titik susu yang diberikannya. 

6. Wanita yang melayan baik suami pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 0rang hamba. 

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 

9. Wanita yang membebaskan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripadab suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. 
Wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, kemudian menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. 

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'bismillah', akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'bismillah' Allah akan berkatkan rezekinya. 

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah. 

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka. 

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 


....sambung..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan