.::.iklan .::.

Sabtu, 26 Mei 2012

Tauhu kukus bersama daging cincang dan cendawan

Bahan-Bahan :
1. 1 kotak tauhu lembut
2. 1 lobak merah di parut halus
3. 3 cendawan shitake yang direndam dan dicincang kepada ketulan kecil
    (Cendawan butang juga boleh digunakan)
4. Daging cincang diperap dengan kicap soya maggi
5. 1 Batang daun bawang (dihiris halus)

Sos :
1. 3 sudu besar soso tiram
2. 1 sudu besar kicap soya
3. 1 cawan air (Tambah air jika mahu lebih berkuah)

Cara Penyediaannya :
1. Kukuskan tauhu dan buang air berlebihan
2. Goreng daging cincang , lobak merah dan cendawan dengan sedikit minyak sehingga wangi.
3. Tambahkan sos. Kacau dan renyehkannya selama 10 minit.
4. Tuangkan sos ke atas tauhu dan kukus sekali lagi selama 5 minit.
5. Taburkan daun bawang dan sedia dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan